2012年7月24日星期二

Hari Raya Aidilfitri
     Bila disambut:
  • Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.
  • Perayaan ini bermula selepas berakhirnya bulan Ramadhan atau bulan puasa.
  • Hari raya bermula melalui dua cara iaitu melalui
      -Rukyah (melihat anak bulan)
      -Hisap  (kiraan)
  • Sekiranya melalui rukyah,apabila anak bulan kelihatan,ini menandakan  bermulanya bulan syawal,iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam.
  • Di Malaysia,anak bulan akan diperlihatkan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang strategik.

      Sejarah sambutan:
  • Keutamaan Hari Raya Adilfitri ialah menandakan berakhirnya bulan Ramadhan.
  • Tarikh yang utama dalam kalender Islam ialah 1 Syawal Hijrah.
  • Sebagai tanda kemenangan umat Islam setelah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.
  • Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.



       Cara sambutan:








  • Pada pagi raya, umat Islam bersarapan pagi isi perut.
  • Selepas itu mereka bermaaf-maaf dengan orang yang lebih tua.
  • Umat Islam pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah selepas bermaaf-maaf.
  • Umat Islam pergi menziarahi kubur keluarga yang telah meninggal dunia.
  • Selepas menziarahi kubur ,umat Islam pergi ke rumah saudara-mara mereka yang terdekat dan ke rumah kawan-kawan.

          



           


  • Bagi yang kanak-kanak, mereka akan dapat “Duit Raya”dari orang tua atau tuan rumah.
  • Mereka juga menbuat pelbagai jenis kuih-muih dan makanan yang sedap.Contohnya,sate kajang,ketupat,ayam kari,ikan dan sebagainya.


     Nilai amalan melakukan korban:

  • Dapat mengeratkan siraturrahim sesama keluarga hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat.
  • Anak-anak bermaaf-maaf dengan ibu bapa ,ahli keluarga dan adik-beradik.
  • Semasa hari raya biasanya, saudara-mara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini dapat gembira dan bahagia.
         Nilai amalan berpuasa:

  • Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat.
  • Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu,berkata-kata yang buruk atau sia-sia ,dan daripada bertengkar atau bergaduh.
  • Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. 
  • Maka secara tidak langsung.
  • Puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi.
  • Kesemuanya itu diharapkan berlanjutkan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
 

        Nilai amalan kunjung-mengunjungi:


  • Kunjung-mengunjungi di kalangan saudara-mara dan sahabat handai.
  • Berkunjungi ke rumah sanak saudara dari rakan taulan.
  • Perpaduan dab keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.
     Nilai amalan zakat fitrah:

  
            
  • Zakat fitrah diwajibkan pada Ramadhan kerana Allah memberi keistimewaan kepada Ramadhan sebagai bulan toleransi dan perpaduan di antara kaya dan miskin.
  • Orang kaya difardukan berpuasa bagi membolehkan mereka merasakan keperitan hidup orang miskin apabila menahan lapar dan dahaga kerana ketidakmampuan memenuhi hajat hidup.
  • Umat Islam hendaklah bersegera dalam mengeluarkan zakat dengan menyedari bahawa ia adalah antara tuntutan Rukun Islam yang lima.
  • Islam seseorang belum lagi sempurna jika tidak mengeluarkan zakat.
  • Setiap muslim hendaklah mengeluarkan dengan hati terbuka, ikhlas dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan.
  • Zakat fitrah juga berfungsi membersihkan jiwa pembayar.
  • Hakikatnya, zakat berfungsi sebagai amalan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah hingga menjauhkan manusia daripada sifat mencintai dunia secara berlebihan dan merupakan hati akhirat.
  • Hikmatnya, zakat juga dapat menyucikan diri orang yang berpuasa kerana ada kemungkinan dirinya itu mengalami kesan kelalaian, kerosakan puasanya.




     
Hari Raya Aidiladha
    

       Bila disambut:
  • Disambut oleh  semua umat Islam seluruh dunia dan disambut pada 10 zulhijah tahun Hijrah.
  • Juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.

  
     Sejarah sambutan:


  • Amalan korban dilakukan sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ibrahim a.s. .
  • Perintah ini merupakan satu ujian yang sangat berat untuk Nabi Ibrahim a.s.tetapi Allah telah menggantikan tempat Ismail a.s.dengan seekor kibas.

     Cara sambutan:



  • Setiap umat Islam mana-mana yang kaya ataupun dibantu oleh kerajaan dapat pergi ke Makkah untuk haji.
  • Umat Islam akan mengelilingi Kaabah (segi empat yang berwarna hitam itu)yang terletak di Kota Makkah.
  • Pada pagi hari raya, umat Islam menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha.
  • Setelah pulang dari masjid mereka akan berkunjung ke rumah keluarga atau sahabat yang handai di samping menikmati cadangan yang disediakan.  



  • Penyembelihan korban sama ada kambing,lembu,unta atau kerbau dilakukan selepas menunaikan sembahyang sunnat atau pada hari raya kedua atau ketiga.
  • Daging korban dibahagikan kepada orang-orang yang miskin.

     
     Nilai amalan melakukan korban:
  • Menunaikan nilai tanggungjawab sebagai orang muslim.
  • Melakukan sunah rasul yang amat besar pahalanya.
  • Mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. .
  • Bergotong-royong dan dapat mengerat-erat lagi silaturahim.

   Nilai amalan sembahyang sunat Aidiladha:
  • Dapat bermaaf-maaf antara satu sama lain setelah selesai sembahyang sunat Aidiladha.
  • Menunaikan tanggungjawab sebagai orang muslim,taat setia kepada perintah Allah.

   Sebab-sebab sambutan diraikan
  1. Hari Raya Aidilfitri
  2. Hari Raya Aidiladha
  Hari Raya Aidilfitri:
  • Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
  • Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam,selain Hari Raya Korban.

   Hari Raya Aidiladha:
  • Hari Raya Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menukarkan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T..


  Nilai amalan melakukan korban:
  1. Menunaikan tanggungjawab sebagai orang muslim.
  2. Melakukan sunah rasul.
  3. Bergotong-royong dan mengerat-erat lagi silaturahim.
  4. Mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s..



...TERIMA KASIH...

-------------------------TAMAT---------------------